Whispers of Yunnan
Bila bercerita tentang Yunnan, apa yang aku boleh katakan Yunnan ni kawasan dia lebih bersih dari tempat aku lawati di daerah China yang lain. So kali ni memang aku tak guna agent, tapi aku memang pergi sendiri je dengan sepupu aku. Masa aku pergi ni pada September 2024 and Yunnan masatu baru baru nak popular and viral. So aku boleh katakan masa aku pergi ni agak murah and Jade Mountain Dragon pun aku still boleh beli dekat tiket kaunter je masatu. Tapi kalau sekarang, setahu aku memang kena beli seminggu awal through WeChat. Total aku pergi include flight, shopping, transport and makan around RM2800.00. Itupun sebab aku tak berkira soal makan and shopping. Ikutkan boleh je kau nak spend bawah RM2000.00. Sebab aku punya flight and hotel masatu pun under RM1000.00 je.
Day 1 – KUL → SGN → KUNMING → DALI
Flight aku dari KL transit dekat Singapore dulu sebelum sambung ke Kunming. Kali ni aku guna Scoot Airline, and honestly itu first time aku cuba Scoot. Usually aku naik MAS, AirAsia, Etihad, so aku ada expectation jugak la, at least jangan tak selesa sangat.
Tapi surprisingly not bad langsung. Seat selesa, cabin bersih, and crew pun okay. Tak rasa macam “budget sampai sakit tulang belakang” punya level haha. Masa tu harga flight pun murah gila, aku bayar RM750 return (2 hala) je untuk pergi dan balik. Untuk international + transit macam ni memang kira harga mantap dah tu.
Transit dekat Changi pun smooth sebab Changi memang champion bab airport experience. Aku dengan sepupu just grab minum, jalan sikit-sikit, lepas tu tunggu next flight.
Sampai Kunming dalam kondisi agak penat tapi excited and kami sampai pun pukul 4 pagi. Airport dia tak chaotic and signage semua clear, so tak ada struggle sangat. Keluar dari arrival hall tu terus rasa vibe lain sebab bagi aku Yunnan ni bersih, teratur, udara pun ok. Memang beza dari beberapa tempat China lain yang aku pernah pergi sebelum ni. Cuaca pun sejuk ye pagi-pagi buta macam tu.
Keluar dari airport aku terus buka apps Didi (macam Grab) sebab tak sanggup fikir bus or metro pukul 4 pagi. Destinasi pertama hari tu memang Kunming Railway Station sebab kami plan nak terus ke Dali dulu.
Sampai stesen, kitaorang tunggu subuh and solat dekat celah-celah stesen je. Typical traveller moment haha. Dalam pukul 7 pagi kitaorang dah naik kereta api laju (High-speed Rail) menuju Dali.
Sampai Dali lebih kurang 12:07 pm. Masa ni bermula episod mencabar: mencari hotel tak jumpa-jumpa. Jenuh weh pusing tempat sama banyak kali, follow map entah arah mana, sepupu aku pun dah pasrah. Lepas 1 jam kemudian barulah jumpa hotel tu memang rasa macam menang mission HAHAHA.
Hotel cantik, bersih, and neighbourhood dia pun tenang. Orang sekitar pun ramah, tak hostile, siap bagi direction lagi waktu aku tanya broken English.
Lepas solat and freshen up, kitaorang decide keluar ke Dali Ancient City lepas Maghrib.
Dari tempat aku stay ke Ancient City pun aku guna Didi sebab senang untuk bawa orang tua & budak-budak. Sampai sana, kitaorang pun cari salah satu kedai makan halal kat situ and funny experience tengah sedap makan tiba tiba kena ambush ngan pegawai kat sana. Kalau kat Malaysia ni kira macam Majlis Bandaraya la vibe dia yang jenis check check penjual tepi jalan takde permit and sebagainya. Merasa weh kena ambush masatu. Tapi tempat kitoarang makan ni memang kedai cuma mungkin dia open table luar kedai dia atas jalan tu. Sebab rushing depa lipat lipat meja and suruh kitaorang masuk dalam makan dalam kedai HAHA. Tapi makanan dia memang sedap ye. Dengan ada yang macam sate but rempah dia sedap sangat. Terngiang ngiang lagi rasa dia walaupun dah nak setahun lebih dah benda tu berlalu hahaa. Jadi malam tu hanya makan and pusing pusing area situ and finally balik hotel balik around 10:00 pm.
Day 2 – DALI
So pagi tu dalam around 9:00 pagi aku dah order Didi untuk hantar kitaorang ke Lixiangban Ideal Town Resort, atau lebih dikenali sebagai "Dali Santorini". Lagi-lagi masa tu cuaca sejuk-sejuk sepoi bahasa, so memang sedap nak berjalan. Aku ni kalau cuaca terlalu sejuk sampai “tulang beku”, memang auto malas nak explore. Tapi kali ni aku datang awal musim winter, so pemandangan semua masih kehijauan dan weather dia ngam sangat.
Sampai-sampai sana, kena bayar dalam 10 yuan untuk naik buggy ke atas tu. Bangunan-bangunan kat situ memang sebiji gaya Santorini yang selalu aku tengok dalam gambar which is putih biru, clean, and Mediterranean vibes. Cantik serius, photospot dia banyak.
Kalau nak masuk bahagian yang ada view laut (yang biasa orang post kat WeChat tu), aku tengok kena bayar dalam 60–120 yuan. Aku tak proceed pun sebab bagi aku view luar pun dah memukau. So kitaorang habiskan masa dalam 2 jam dekat kawasan tu, ambil gambar, jalan santai, and menikmati angin sejuk.
Dalam 1:00 tengah hari, kitaorang call Didi balik ke hotel untuk solat dan settle apa yang perlu. Makan pun kita makan makanan pack je and semua orang nap kejap. Aku memang tak schedule-packed kan sangat itinerary sebab kalau budak-budak cranky, mood satu trip boleh hancur haha.
Dalam 4:00 petang, aku dengan cousin keluar jalan-jalan area hotel sebab depan tu memang ada spot popular iaitu Erhai Lake, Dali. Masatu kitaorang rent basikal elektrik guna apps Alipay and pusing-pusing sepanjang tasik. View dia chill gila, angin sejuk, and sempat singgah beli lemon ice depa kat tepi jalan. Lepas tu balik hotel around 7:00 petang untuk get ready dinner.
Malam tu kitaorang pergi lagi sekali ke Dali Ancient Town sebab situ memang banyak pilihan makanan halal. Bezanya semalam jalan kaki penat-penat, so kali ni aku dengan cousin guna motor elektrik untuk mudahkan cari kedai yang agak jauh. Aku pun terus cari kawasan yang boleh rent motor and terus bayar using WeChat je. Tapi since aku dengan cousin je yang reti bawa, so ulang-alik jemput yang lain naik motor ke kedai. Merasa la kejap ride motor kat negara orang hahaha.
Kali ni aku try Mi Tarik, tapi jujurnya tak berapa kena dengan tekak aku sebab mi dia tebal. Aku prefer kedai malam semalam tu which is rasa dia lagi ngam. Makan, pusing-pusing sikit, lepas tu balik hotel around 11:00 malam.
Day 3 – DALI → LIJIANG
Pagi ni kitaorang memang tak rushing sebab train ke Lijiang pukul 2:00 petang, so masing-masing dapat la peluang buat aktiviti sendiri. Ada yang sambung pusing Erhai Lake, ada yang layan morning breeze.
Aku? Aku sambung melepek atas katil sebab malam tadi mak aku buat sidang media suruh aku balik awal sebab aku ada interview kerja jumaat tu (hari aku balik HAHA). FYI, aku memang resign tanpa backup sebelum trip ni and terus pergi bercuti bak bidadari tanpa komitmen hahaha. So yeah, tidur tu nikmat.
Dalam 12:00 tengah hari kitaorang gerak ke Dali Railway Station. Train kitaorang berlepas pukul 1:39 pm. Perjalanan Dali ke Lijiang ambil dalam 2 jam macam tu. Sampai Lijiang around 4:30 petang.
First impression aku ialah berbeza sebab bagi aku Dali moden, tapi Lijiang klasik. Lijiang ni vibe dia macam old China, kayu, batu, lorong kecil, atap hitam, memang rasa macam masuk zaman dulu. Cantik weh! And hotel yang aku stay pulak berada betul-betul dalam Lijiang Ancient Town. Design dia pun klasik kayu and cosy. Jauh beza dengan hotel aku di Dali yang modern minimal.
Sampai bilik, solat cepat, then terus keluar cari dinner sebab perut pun dah bagi alarm. Malam tu aku try makan di kedai Lanzhou Beef Noodles and I swear ini redeem segala kekecewaan Mi Tarik semalam hahaha. Kuah sedap, mi tarik perfect, beef lembut, and dumpling dia pun serious sedap. Aku puas hati betul; kalau kat Malaysia ada branch macam ni aku jadi regular customer dah.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Aku sempat beli mango which is serius manis and banyak isi, bukan jenis kecut kecut. Lepas tu aku lalu satu area yang ada wheel water (kincir air) and kawasan tu keluar kepulan asap dari air which is iconic spot yang ramai tourist pakai traditional costume China and bergambar. Memang meriah and photogenic.
Around 9:15 malam, kitaorang balik hotel and solat. Tapi sebelum naik bilik, aku sempat jumpa owner hotel untuk tanya direction dan info pasal Jade Dragon Snow Mountain. Owner sangat helpful, siap exchange WeChat untuk senang update route esok.
Lepas settle semua, aku naik bilik and tidur awal sebab esok kena gerak pagi-pagi untuk Jade Mountain.
Day 4 – JADE DRAGON SNOW MOUNTAIN
Pagi tu dalam pukul 7:30 pagi kami dah bersiap untuk cari bas ke Jade Dragon Snow Mountain. Kalini jalan kaki and buka maps ke stesen bas. Route kami kena naik adalah 101 and masatu aku tengok ramai beratur menunggu bas tu. Tapi takdir Allah SWT, masa tengah menunggu, tiba-tiba ada seorang driver offer naik taxi dia and harga dia jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan kami naik bas sorang-sorang. So tanpa fikir panjang, kami pun on je.
Perjalanan ke sana agak jauh, dalam 1 jam juga. Time aku pergi ni, belum ada entrance fee macam sekarang. Sekarang kalau ikut info terkini, memang ramai cakap kena book awal via WeChat dan walk-in kemungkinan besar full. Masa aku pergi dulu Yunnan belum viral, so walk-in masih okay. Sampai sana, kami terus ke kaunter tiket dan beli tiket cable car. Kalau aku tak silap, total price aku bayar time tu 65 yuan je, murah sangat compare sekarang.
Tapi menunggu tu… quite lama juga. Aku beli tiket around 10:27 pagi, tapi cuma dapat naik bas untuk ke cable car pukul 12:06 tengah hari. Lepas naik bas, dia hantar ke station cable car. Sampai station, kena queue lagi dalam 40 minit, and akhirnya aku dapat boarding pukul 12:43 pm hahaha.
Macam aku cakap sebelum ni, masa aku pergi cuaca sejuk but early winter, so pemandangan masih kehijauan and cantik gila. Rezeki aku pulak, aku naik cable car seorang diri, so memang enjoy the moment senyap, angin sejuk, view hutan, sungai, batu, semua campur jadi aesthetic. At one point aku nampak kambing-kambing berlari berkejaran di celah-celah hutan tu and dah macam documentary rasanya hahaha.
Sampai di Jade Snow Mountain Upper Station around 1:12 tengahari and masatu harapan aku sangat tinggi untuk melihat Yak hahahaa. Tapi cuaca hujan tiba tiba lama juga stuck dekat station tu je. Kitaorang pula satu haprak pun takde yang bawa baju hujan ahhaha. Kabus pun tebal atas tu. Finally dalam kul 2:00 macam tu baru la boleh pusing round round and mendaki ke atas tu. Sumpah cantik and teringin nak bawa ibu ayah masatu tapi aku tahu depa tak larat ahahahah so aku pun batalkan je niat aku. Kesimpulan untuk Yak, aku jumpa tahi dia je HAHAHA.
Lepas tu dalam pukul 3:30 kitaorang turun untuk pergi ke Blue Moon Valley and satu lagi pengalaman dan pemandangan yang sangat memukau bagi aku. Dengan air birunya sangat cantik. Aku hampir memikirkan nak photoshoot wedding kat sini HAHHAA. And memang betul ramai gila pengantin yang amik gambar area sini. Pusing punya pusing, finally jumpa Yak kat sini weh HAHAHAA. Comel betul Yak ni tau gewram. Nak je usap usap. And Yak ni besar sebenarnya. And kitaorang pun lepak lepak area situ hingga pukul 5:00 petang and decide balik afterwards sebab attraction sini tutup pukul 6:00 petang. Kalau balik takde waiting time, laju dooh nak mampus hahaha. Kami pun finally sampai rumah around 6.30 petang and terus solat masatu.
Malam tu kami pusing lagi sekali di area Lijiang Ancient Town dan kali ni makan heavy sikit which is nasi putih dengan lauk-lauk. Lepas makan, cousins pun mengajak minum dekat Chagee sebab Chagee ni asalnya dari Yunnan, so first time aku try Chagee dekat negeri asal dia. Malam tu lama juga kami lepak sampai hampir pukul 11:00 malam. Ni kalau mak ayah aku tahu confirm kena marah teruk HAHAHA.
Day 4 – LIJIANG → KUNMING
Pagi tu aku dan sepupu aku pusing lagi sekali area Lijiang Ancient Town. Kali ni tujuan utama adalah shopping souvenirs. Bagi aku, Lijiang memang antara tempat paling murah dan berbaloi untuk beli ole-ole. So aku pun borong sikit, aku beli 4 handbag untuk adik, kakak ipar, dan ibu aku, dan satu baju untuk ayah dan abang aku. Untuk diri sendiri aku beli kopi Yunnan yang sampai sekarang pun tak habis lagi HAHAHA.
Kalini aku tak beli langsung untuk kawan-kawan sebab masa tu aku pun dah tak bekerja dan budget memang ciput je, so priority keluarga dulu. Lepas siap shopping, aku balik bilik dan packing sebab train kami ke Kunming akan berlepas pukul 5 petang. Dalam pukul 2 lebih kami dah siap dan terus gerak ke Lijiang Railway Station.
Perjalanan dari Lijiang ke Kunming agak lama, around 4 jam macam tu. Kami sampai Kunming sekitar pukul 9:18 malam. Sampai je Kunming, kami terus check-in hotel dan kemudian keluar cari makan. Memandangkan dah agak lewat, kami decide beli makanan halal tepi-tepi jalan je dan makan dekat area situ. Dalam pukul 11 malam kami balik ke bilik dan rest. Basically haritu memang untuk perjalanan Lijiang ke Kunming semata.
Day 4 – KUNMING
Hari ni kira last full day kami sebelum flight esok. So pagi tu kami gerak ke area Nanchang Street dan jumpa satu kedai makan yang penuh lauk pauk ala macam kat Malaysia. Aku pun ambil lauk daging (tak silap aku) dengan nasi putih. Air dia pun aku try and rasa macam longan + cincau vibes, unik tapi sedap.
Lepas makan, tengah hari kami terus ke Shuncheng Shopping Complex. Untuk aku, Kunming vibe dia memang city, tak banyak scenery macam Lijiang atau Dali, tapi kalau bab makanan halal dan masjid, memang senang gila kat sini. So tentative hari ni memang pusing-pusing dalam Kunming dulu sebelum balik bilik dan rest dalam pukul 2 petang.
Dalam pukul 5 petang, semua dah siap dan kami pergi ke Nanpingjie Square. Dekat area tu ada Nancheng Mosque dan banyak kedai makan halal. So we decided to makan dekat salah satu kedai situ. Owner dia baik sangat, siap recommend menu, and honestly memang tak mengecewakan! Rempah dia sedap gila, aku pun susah nak explain macam mana tapi memang hit haha.
Masuk je azan Maghrib, kami terus decide solat dalam masjid tu. Lepas solat, kami sambung pusing-pusing area square tu. Pemandangan kat situ macam vibes Melaka Dataran Pahlawan/Mahkota Parade, lepak-lepak, lampu cantik, ramai orang santai.
Lepas puas pusing, kami balik hotel dan sambung packing barang untuk flight esok pagi.
Jadi, Yunnan bagi aku bukan sekadar destinasi, tapi satu pengalaman yang buat aku sedar yang travel ni tak semestinya mahal, tak semestinya ikut trend, dan tak semestinya perfect step by step. Kadang-kadang travel yang paling melekat dalam kepala adalah travel yang kita plan sendiri, sesat sendiri, cari makan sendiri, salah naik train, terpaksa guna bahasa isyarat dengan orang local, tapi every moment tu lah yang jadi memori.
And aku rasa trip ni paling special sebab aku pergi masa Yunnan baru nak naik fame. Harga tiket masih reasonable, Jade Mountain cable car masih boleh beli walk-in, souvenirs murah gila, dan aku rasa aku dapat enjoy Yunnan dalam versi “pure” dia tanpa ramai tourist, just me, sepupu aku, dan banyak gelak. And the best part, aku dapat lalu semua ni bukan dengan tour guide, bukan dengan itinerary ketat, tapi dengan jalan sendiri and percaya diri sendiri
So yeah, Yunnan ni cantik, bersih, chill, dan somehow buat aku rasa life is bigger than what you see on screen. Aku rasa travel ni bukan pasal berapa banyak tempat kau pergi, tapi pasal benda yang kau rasa sepanjang perjalanan tu. Dari udara sejuk atas gunung, angin kuat pusing tasik, sampai Yak yang comel tapi besar gila and bagi aku semua tu memories. Semua tu aku buat dengan budget ciput tapi enjoy macam rich people hahaha. Kadang benda simple macam ni, kau ingat lama.
So kalau kau tengah plan trip China, Yunnan memang kena consider. Tak perlu stress, just enjoy, jalan slow, makan banyak, ambil gambar banyak, gelak banyak. Trust me bila balik, aku janji kau akan rasa puas.
Travel ni mengajar aku satu benda: dunia ni luas, tapi peluang untuk pergi tu tak datang selalu. So bila ada peluang, ambil. Bila ada rezeki, jalan. Bila ada penat, berhenti dan pandang sekeliling, kadang detail paling kecil tu yang paling cantik.
And sejak trip Yunnan tu, aku mula gian ajak family travel DIY. Lepas tu, plan-plan kami satu family start simple je dulu first stop Batam. Dari situ, idea nak explore sendiri, ferry, cari hotel sendiri, dan makan ikut mood mula melekat dalam family aku. Rasanya kalau sebelum ni travel dengan family mesti ikut package, tapi lepas Yunnan, semua rasa lebih adventure, lebih bebas, dan paling penting… gelak pun lebih banyak hahaha.
Tapi of course lah, mastermind untuk semua DIY travel tetap terletak di bahu aku. Kalau aku tak plan, confirm sesat, takde makan, dan… drama hahaha.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment